Masalah kemelut politik yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan kesilapan rakyat yang mengundi kerajaan Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum ke-14.
Ahli Parlimen Padang Besar (BN) Zahidi Zainul Abidin berkata, keadaan bakal memberi kesan yang lebih buruk kepada negara terutamakan sektor ekonomi sekiranya kemelut politik ini tidak segera diselesaikan.
"Pertama sekali, itu saranan Yang di-Pertuan Agong kita kena ikut, tetapi situasi sekarang 50-50, jadi pelabur tidak akan datang. Ekonomi kurang baik dan yang buat keadaan jadi macam ini adalah rakyat.
"Rakyat yang undi 50-50 (PH) ini dulu dan rakyat kena tipu," katanya memetik laporan dari portal MalaysiaKini yang menemui beliau semalam di bangunan UMNO, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu juga, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu meminta rakyat tidak menghukum ahli politik yang katanya sedang berusaha memperbetulkan keadaan.
"(PH janjikan) tol percuma, harga barang turun tetap benda itu tak semua berlaku dan rakyat yang membuat keputusan (mengundi PH) dan keadaan hari ini dari keputusan rakyat.
"Orang politik ini tugas hanya betulkan keadaan sahaja. Jadi bagaimana untuk betulkan keadaan, ini yang patut kita bagi pandangan," katanya.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/37N00hk
via IFTTT