Kerajaan perlu benarkan pengeluaran wang KWSP bagi mengelakkan rakyat yang terjejas pinjam duit Ah Long


Kerajaan digesa mengkaji semula cadangan membenarkan pekerja di Malaysia membuat pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung ekoran pandemik Covid-19. 


Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pengeluaran itu juga akan membantu golongan penganggur dan individu yang dibuang kerja. 


Ini bagi mengelakkan golongan yang terjejas membuat keputusan meminjam wang dari institusi kewangan termasuk meminjam wang dari Ah Long atas sebab terdesak untuk meneruskan kehidupan. 


"MTUC berpendapat, daripada mereka meminjam adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut. Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian. 


"Di samping itu, mereka boleh menggunakan dana tersebut untuk dijadikan sebagai modal perniagaan bagi menyara kehidupan seharian mereka," katanya memetik laporan dari Sinar Harian


Berdasarkan satu petisyen yang telah dibuat menunjukkan, lebih 15,000 orang yang bersetuju dengan cadangan pengeluaran akaun satu KWSP itu.


Namun begitu, kajian terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran itu dengan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi menentukan jumlah yang munasabah, selain mengenal pasti hanya mereka yang benar-benar memerlukan pengeluaran itu sahaja diizinkan berbuat demikian.



from The Reporter https://ift.tt/34HkSob
via IFTTT