Lelaki maut dalam kemalangan selepas sambut hari lahir

Seorang lelaki berusia 32 tahun maut, manakala lapan pekerja pembersihan cedera dalam kemalangan yang berlaku di Bandar Utama Damansara, awal pagi tadi. 


Mohamed Zaini Zakaria, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan difahamkan mangsa baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.


Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.54 pagi. 


Sebaik pasukannya tiba di tempat kejadian mendapati, sebuah kereta Honda Accord yang dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori dengan 9 kru termasuk pemandunya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya. 


Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Manakala lapan pekerja pembersihan yang berusia antara 20-an hingga 40-an mengalami kecederaan ringan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan. 


Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/2TrIYNj
via IFTTT