Di tengah malam yang gelap, lelaki ini menyusuri tebing sungai yang tidak jauh daripada rumahnya kerana kedinginan malam itu membuatkan dia rasa hendak membuang air besar di sungai. Tetapi hasratnya itu terbantut apabila dia tercekup ketua kampung yang sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan kekasih gelapnya.
Niat awalnya hendak membuang air besar terpaksa ditangguhkan, dia terpaksa menutup mulut dari menceritakan kepada umum mengenai perbuatan curang si ketua kampung dengan wanita berusia 50 tahun.
Perbuatan tidak bermoral itu berlaku di bawah jambatan gantung pada Oktober 2019, di Daerah Rambang Kapak Tengah, Indonesia. Walaupun sudah terkantoi, Ketua Kampung itu sempat menghulurkan wang kepada lelaki berkenaan agar tidak memberitahu insiden itu kepada isterinya atau pun suami kepada kekasih gelapnya itu.
Ketua Kampung itu juga meminta lelaki berkenaan tidak menceritakan hal itu kepada penduduk kampung dan diberi wang sebanyak Rp 4.7 juta (RM1,336) dengan perjanjian di atas kertas yang ditandatangani kedua-dua pihak.
Kesudian lelaki itu menurunkan tandatangan membuatkan ketua kampung itu lega kerana perbuatannya tidak akan terbongkar. Namun, lama kelamaannya, perbuatan kejinya itu diketahui isterinya sendiri.
Si isteri secara tidak sengaja menemui surat perjanjian di antara suaminya dengan lelaki berkenaan. Gagal mengawal emosi, si isteri terus mengamuk dan mengajak anaknya memukul suaminya di depan khalayak ramai.
Malu dengan kejadian itu, ketua kampung terbabit segera melarikan diri dan sehingga kini tidak diketahui keberadaannya.
Kejadian itu turut tersebar di media sosial dan menimbulkan banyak reaksi netizen. Jurucakap polis Fauzan juga mengesahkan pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian tersebut tetapi tidak mempunyai maklumat terperinci.
Sumber: Grid.ID
from The Reporter https://ift.tt/3jrdFNi
via IFTTT