'Saya sedih' - Aliff Syukri sedih tak dapat bercuti & bershopping ke luar negara

Semenjak wabak Covid-19 melanda di seluruh banyak pihak yang terkesan, apatah lagi golongan yang kurang bernasib baik. Lebih teruk lagi, ada yang dibuang kerja menjadikan mereka hilang punca pendapatan. 


Kes yang saban hari meningkat di negara-negara terjejas termasuk Malaysia menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menutup semua pintu masuk bagi mengekang penularan wabak berkenaan. 


Baru-baru ini, ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri turut meluahkan rasa sedihnya dengan keadaan itu. Rutin tahunan dia dan keluarga juga terjejas dan kini dia berharap pandemik Covid-19 ini segera berakhir. 


"Saya sedih. Hati dah meronta merindui untuk bercuti di luar negara. Biasanya hujung tahun atau tengah tahun pasti saya akan bercuti di luar negara untuk shopping. 


"Tapi tahun ini terasa janggal dan pelik. Tak tahu berapa lama Covid ni dan berapa lamakah situasi ini akan berlaku. 


"Oh Tuhan, cepatkanlah (Covid-19) ini berlalu. Yang amat memeningkan, bukan sahaja ekonomi (terjejas) teruk, tetapi semua terjejas (dari segi) emosi mental semualah," tulisnya di Instagram. 


Di ruang komen, netizen memberikan pelbagai respon. Ada yang meminta Aliff bersabar dan sama-sama berdoa agar virus berbahaya ini lenyap dalam sedikit masa lagi. Namun begitu, tidak kurang juga yang mengingatkan dia mengenai kesusahan orang lain berbanding sedih tidak dapat bercuti atau bershopping di luar negara. 


Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri



from The Reporter https://ift.tt/37LjLGh
via IFTTT