(Video) 'Cuai! Nasib baik tak kena langgar' - Budak tercampak keluar dari kereta

Seorang kanak-kanak berusia lingkungan 5 tahun ke bawah nyaris dilanggar kereta selepas tercampak keluar dari kenderaan ibu bapanya. 


Menurut sumber, Jatt Zainol berkata, kejadian yang tidak diingini itu berlaku pada jam 8/54 pagi Jumaat, 23 Oktober 2020, di Kangar, Perlis, berhampiran Masjid Alwi.


Kejadian itu dirakam oleh kamera dashcam kereta di belakang. Video tersebut tidak pula menunjukkan tingkap kenderaan itu dibuka dan segalanya seperti biasa, malah kelajuan kereta itu dipandu juga tidak melebihi hadlaju yang ditetapkan. 


Sehingga apabila kereta itu melalui selekoh dan tidak semena-mena mangsa terjatuh keluar dari kereta dan terduduk menangis akibat kesakitan. Mujur kereta di belakang (kereta owner dashcam) sempat berhenti. 


Menyedari anak tercampak keluar dari kereta, pasangan itu terus berhenti dan berlari mendapatkan mangsa dan memeriksa keadaannya sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian itu. 



Di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan insiden itu berlaku disebabkan pintu kereta tidak dikunci dan mangsa mungkin terbuka pintu kereta secara tidak sengaja lalu tercampak keluar dan terjatuh di atas jalan raya. 


Disebabkan kejadian itu juga, ramai netizen menasihatkan golongan ibu bapa untuk menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak bagi mengelakkan insiden itu berulang. Selain itu, ibu bapa perlu pastikan 'child lock' di pintu penumpang belakang berfungsi agar anak-anak tidak dapat membuka pintu dari bahagian dalam tanpa pengetahuan ibu bapanya. 



Sumber: Jatt Zainol, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3meP7c7
via IFTTT