Seorang penghantar makanan maut selepas terbabit dalam kemalang yang berlaku di Manjalara, Kepong, pada petang Jumaat, 23 Oktober 2020.
Mangsa, Muhammad Badrul Hisyam Mohd Saufi, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal terlanggar sebuah kereta di hadapan lalu terjatuh dan digilis lori di lorong kiri.
Video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dari kereta saksi menunjukkan, mangsa menunggang motosikal di belakang sebuah kereta pacuan empat roda.
Dua kereta di hadapannya kemudian memperlahankan kelajuan ekoran tindakan sebuah lori di hadapan yang cuba masuk ke lorong tersebut.
Mangsa yang tidak menyedari keadaan itu terus terlanggar bahagian belakang kiri kereta pacuan empat roda itu dan terjatuh dipercayai digilis tayar lori di lorong kiri.
Tidak berapa lama selepas kejadian itu, ramai penghantar makanan berkumpula di lokasi kejadian untuk membantu dan menghubungi keluarga mangsa.
Sementara itu, ibu mangsa, Roslina A Rashid, 41, memaklumkan jenazah arwah anaknya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Cave semalam.
"Lagi empat hari nak sambut hari jadi, tetapi dia pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri dan anak yang bakal lahir tidak lama lagi.
"Arwah juga tidak menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami sekeluarga. Tetapi dia begitu teruja untuk membawa isterinya membuat pemeriksaan kandungan dan beli barang keperluan bayinya.
"Tapi Allah lebih mengetahui. Lagi empat hari nak sambut harijadinya, menjadi majlis tahlil untuk Badrul pula.
"Perginya sangat mulia pada hari Jumaat ketika sedang mencari rezeki untuk isteri dan bakal anak pertamanya.
"Terima kasih banyak kepada rakan-rakan penghantar makanan anak saya yang sanggup membantu dan memberi sumbangan kepada keluarga kami terutamanya isteri arwah," katanya yang turut meminta jasa baik orang ramai mendoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya itu.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3mqE3cd
via IFTTT