(Video) 'Tolong eh! Sabar bang!' - Suami mengamuk hancurkan dapur gas, isteri sibuk bersenam sampai lupa siapkan makanan
Melayani keperluan suami adalah salah satu kewajipan isteri. Begitu juga dengan suami yang wajib menafkahi isteri dan anak-anaknya. Jika tanggungjawab ini tidak dilaksanakan dengan baik, maka akan timbulnya perselisihan dalam rumah tangga.
Baru-baru ini viral di media sosial video seorang lelaki di Indonesia mengamuk dan menghancurkan dapur gas di luar rumah dan diperhatikan oleh penduduk taman perumahan.
Menurut sumber, lelaki itu mengamuk kerana tiada makanan yang disediakan di dapur ketika dia pulang ke rumah. Rupa-rupanya, isteri dia sedang asyik bersenam.
"Suami pulang ke rumah, makanan tak ada. Isteri dia sedang bersenam. Makanya dia marah dan merosakkan semua peralatan memasakan yang ada di dapur," kata Eris Riswandi di Facebooknya.
Video menunjukkan, si suami yang hanya memakai seluar pendek berwarna merah dengan rokok di mulutnya, menghancurkan dapur gas. Beberapa orang wanita yang berpakaian sukan cuba menenangkannya tetapi tidak berjaya.
Di media sosial, netizen seperti biasa menjadi panel bebas mengkritik video tersebut. Ada yang menyalahkan isteri, tidak kurang juga yang menyalahkan suami. Tiada seorang pun yang menyalahkan perakam yang hanya tahu merakam tanpa memberikan bantuan menentangkan lelaki itu.
"Kalau ye pun nak bersenam, masaklah makanan untuk laki hang dulu. Takde la ribut-ribut macam ni." kata Maryam.
"Daripada mengamuk memalukan diri, pakai baju start motor pergi je ke warung order makan dan melahaplah sepuas hati. Selesai masalah," kata Abdis Salam.
"Saya sibuk macam mana pun dengan rutin harian, keperluan suami dan anak-anak tetap saya utamakan. Tapi kalau marah sangat pun, janganlah sampai merosakkan barang," kata Nurul.
"Ni mesti isteri dia dah banyak kali buat macam ni. Tak mungkin baru pertama kali sampai suami dia pun mengamuk macam tu. Memang tak hairanlah suami dia marah-marah. Lain kali selesaikan dulu hal-hal di rumah, barulah bersenam," kata Seorim.
Sumber: Eris Riswandi
from The Reporter https://ift.tt/31N10hJ
via IFTTT