Batal niat bunuh diri selepas ternampak kelibat buaya


Hasrat seorang jurutera di sebuah syarikat swasta untuk menamatkan nyawanya sendiri terbatal selepas ternampak kelibat buaya setelah terjun ke dalam sungai. 


Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, wanita berusia 34 itu bertindak sedemikian kerana disebabkan tekanan perasaan yang membuatkan dia nekad untuk terjun ke dalam sungai tersebut.


Bagaimanapun, wanita itu ternampak kelibat buaya membuatkan dia terus berenang ke tebing sungai dan membatalkan niatnya untuk membunuh diri. 


"Dia mendakwa ternampak kelibat buaya menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya untuk membunuh diri. Wanita itu menceritakan kejadian tersebut selepas diselamatkan orang awam," kata sumber yang dipetik oleh Kosmo Online. 



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan kejadian itu dan ketika pihaknya tiba di lokasi mendapati wanita itu berada dalam keadaan basa di tepi jalan dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 


"Siasatan awal mendapati wanita yang masih bujang itu mengalami tekanan perasaan. Wanita itu bekerja di Port Dickson selama lapan tahun sebelum ditukarkan ke Petaling Jaya," katanya. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.


Terdahulu dalam satu kes di Indonesia, seorang wanita tidak jadi membunuh diri dan tergantung di tepi jambatan menjerit meminta tolong orang awam yang lalu di kawasan itu. Tidak diketahui apa motifnya untuk membunuh diri, tetapi dia sempat menjerit, "Tangan aku dah tak kuat, cepatlah tolong!".


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/2JfMjgQ
via IFTTT