Budak perempuan diculik, dirogol & dibelah perut untuk dapatkan organ bagi tujuan upacara ilmu hitam bapa saudara


Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang diculik ditemui mati di kawasan hutan di daerah Kanpur, Uttar Pradesh, India, pada Ahad lalu. 


Mangsa dibunuh pada malam sambutan Diwali oleh dua suspek lelaki yang dibayar oleh salah seorang ahli saudara mangsa untuk mendapatkan organ hatinya bagi kegunaan upacara ilmu hitam. Mangsa turut dirogol oleh dua suspek terbabit sebelum dibunuh. 


Difaham, banyak insiden yang berlaku di mana segelintir individu melakukan amalan ilmu hitam. Selain melakukan pengorbanan manusia, ada yang menggunakan burung hantu kerana percaya amalan itu dapat membantu menyembuhkan penyakit atau menghalau semangat jahat. 


Polis menerima laporan kehilangan mangsa selepas ahli keluarganya gagal menemui sebarang petunjuk walaupun sudah melakukan pencarian sehingga ke kawasan hutan berhampiran dengan kediaman mereka. 


Tidak beberapa lama kemudian, polis menerima panggilan dari orang awam yang telah menemui mayat mangsa di kawasan hutan ketika saksi yang secara kebetulan melalui kawasan itu pada Ahad lalu.


Asisten Superintendan Brajesh Srivastava berkata, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi penemuan bersama dengan skuad anjing pengesan dan menemui beberapa barangan milik mangsa seperti selipar dan pakaian di sebatang pokok berhampiran. Bedah siasat pada mayat mangsa menunjukkan terdapat kesan trauma dan pendarahan teruk akibat kecederaan yang menjadi punca kematiannya. 


Berdasarkan beberapa bahan bukti yang ditemui membawa kepada penahanan dua suspek, Ankul Kuril, 20, dan Beeran, 31, dan mengaku telah mengambil organ mangsa dan dihantar ke bapa saudaranya, Parshuram Kuril untuk melakukan upacara ilmu hitam. 


Siasatan awal mendapati, Kuril tidak mempunyai anak sejak mendirikan rumah tangga pada 1999. Namun baru-baru ini dia percaya dengan ajaran ilmu hitam yang memerlukan dia menjamah hati kanak-kanak perempuan dapat merealisasikan impian dia dan isteri untuk memiliki anak. Kuril kemudian memujuk anak saudaranya, Ankul dan rakannya Beeran untuk menculik mangsa dan mendapatkan organ hatinya. 


Kuril dan isterinya ditahan pada Isnin lalu. Isteri Kuril ditahan kerana disyaki bersubahat kerana dia mengetahui kejadian itu tetapi tiada sebarang usaha untuk menghalang mahupun melaporkan kepada polis. 


Ketika disoal siasat, Kuril cuba berdolak-dalih. Tetapi setelah diasak berulang kali, dia akhirnya mengaku melakukan perbuatan syirik itu dengan membayar Ankul dan Beeran sebanyak Rs 1,500 (RM82) untuk menculik dan mendapatkan organ mangsa. Dua suspek itu pula menggunakan wang tersebut untuk membeli alkohol.


Dalam keterangan Ankul dan Beeran, mereka mengaku telah menculik mangsa sebaik saja gadis itu keluar dari rumahnya pada malam Sabtu untuk membeli mercun. Suspek diberi keropok kentang dan diajak pergi ke hutan sebelum tangannya diikat lalu dirogol oleh Ankul dan Beeran sebelum dicekik sehingga mati. Mereka kemudian membelah perut mangsa untuk mengeluarkan organ tersebut. 


Kesemua suspek didakwa di bawah Kanun Keseksaan India dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak kerana melakukan kesalahan seksual. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/35LsXc6
via IFTTT