'Darah keluar dari hidung, gusi berdarah, jantung terhenti selama 45 minit' - Remaja meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan 'corndog'
Remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan berpunca dari makanan yang dibeli dari 'carboot sale' baru-baru ini.
Lapor portal Oh! Bulan yang memetik dari sumbernya berkata, mangsa sebelum itu mengalami simptom keracunan makanan seperti muntah dan cirit-birit teruk sehingga tidak sedarkan diri serta terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Di hospital, mangsa tidak memberi respon positif terhadap rawatan dan disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, keluarga mangsa telah membeli empat 'corndog' dari 'carboot sale' yang tidak dinyatakan lokasinya. Si kakak cuba menjamah makanan itu tetapi rasanya lain sebelum diberi kepada adik bongsunya untuk mencuba, tetapi rasanya tetap tidak dapat diterima.
"Kemudian datang abang kepada si bongsu, makan kesemua 'corndog' itu. Pada waktu tengah malam, si kakak dan adik bongsu mula mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Begitu juga dengan mangsa yang turut mengalami simptom yang sama dan lebih teruk, siap azan dalam bilik air dan tidak sedarkan diri.
"Sampai di Hospitam Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dimasukkan air pun masih tak sedarkan diri. Akhirnya dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kuman dah sampai ke otak.
"Semalam, darah keluar dari hidung, gusinya berdarah dan jantungnya terhenti selama 45 minit. Doktor bertungkus lumus menyelamatkan dia dan barulah jantung dia berdenyut kembali. ...doktor tebuk tepi leher, sambung ke mesin cuci darah," kata sumber.
Satu lagi individu yang mendakwa dirinya adalah rakan kepada mangsa memaklumkan, remaja itu telah meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas seminggu koma.
"Mak saya dapat panggilan dari mak dia yang kata anaknya sudah tiada. Saya minta jasa baik anda semua tolong mendoakan sahabat baik saya dipermudahkan segala urusan," katanya.
Tidak diketahui bagaimana kejadian itu boleh berlaku, tetapi sumber percaya 'corndog' yang dibeli oleh keluarga mangsa merupakan stok semalam yang mungkin tidak dapat dijual ekoran cuaca pada Sabtu hujan lebat berserta dengan ribut.
"Kepada warga carboot sale, kalau makanan tak habis jual, sedekahlah atau jual murah-murah biar balik modal. Jangan dijual esoknya terutama corndog. Saya agak hari Sabtu hujan lebat, siap ribut lagi. Tak boleh niaga, simpan dan jual hari Ahad.
"Saya bukan nak mengaibkan orang, tetaepi nyawa tengah bergelut antara hidup atau mati, tak rasa berdosakah kamu?" kata sumber.
Sumber: Oh! Bulan
from The Reporter https://ift.tt/35HpYRX
via IFTTT