Adakah anda bimbang pasangan anda tidak setia? Tiada sesiapa ingin dicurangi, tetapi sayangnya ia banyak berlaku. Jadi, bagaimana mahu melihat tanda-tanda pasangan anda curang? Seorang pakar tampil berkongsi empat ciri-ciri lelaki curang yang anda perlu tahu.
Judi James, pakar dalam tingkah laku sosial, hubungan, bahasa badan, budaya tempat kerja, tekanan dan pengurusan masa, seringkali muncul dalam program televisyen. Jadi, tidak dinafikan lagi kepakarannya dalam hal berkenaan dan ini empat ciri-ciri pasangan anda curang.
"Jika anda merasakan dia (pasangan) curang, maka mungkin firasat anda itu benar. Bau badannya mungkin berbeza kerana tubuhnya melepaskan pelbagai feromon baru. Tetapi sekiranya anda secara semula jadi paranoid, perasaan itu mungkin salah," katanya.
Antara tanda-tanda curang yang perlu diperhatikan pada pasangan:
1. ADAKAH DIA KERAP MARAH?
Perasaan ego yang tinggi mudah mengubahnya menjadi seorang panas baran dan menyalahkan pasangan sebagai punca dia berlaku curang. Selain dari kerap bertengkar di atas perkara-perkara remeh, pasangan juga biasanya memeluk tubuh dan bercekak pinggang sebagai isyarat mempertahankan diri.
2. BANYAK MENGHABISKAN MASA DENGAN HANDPHONE
Telefon bimbit adalah alat utama untuk berlaku curang, yang akan menjadikannya 'super-sensitive', berjaga-jaga dan gelisah ketika anda pergi mendekati alat peranti itu.
Sekiranya dia memeriksa telefon bimbit secara kerap atau selalu menghantar pesanan teks kepada seseorang, itu mungkin menunjukkan tanda-tanda kecurangan. Dan jika dia meninggalkan bilik untuk membuat panggilan, itu juga petanda bahawa dia boleh curang.
3. PERUBAHAN TINGKAH LAKU DI BILIK TIDUR
Dia mungkin masih melakukan hubungan intim dengan anda, tetapi sebaliknya perasaan keinginannya untuk melakukan hubungan itu mulai pudar. Hubungan intim yang dilakukan bersama pasangan sendiri dianggap seperti menipu kekasihnya (skandal).
Disebabkan itu, hubungan intim anda dengan pasangan akan berlalu dengan cepat dan hilang rasa 'kebahagiaan' yang pernah dilalui sebelum ini.
4. LIHAT MATANYA
Awal perhubungan dulu, anda dan pasangan kerap bertentang mata. Tetapi adakah semuanya masih seperti dulu atau semakin kurangnya berkomunikasi dan banyak perubahan yang berlaku?
Renungan mata yang mendalam dan berpanjang dalam membantu seseorang menyelami emosi pasangannya. Jadi mungkin ada sebab mengapa pasangan mengelakkan dari kontak mata kerana dia takut anda akan dapat membaca fikirannya.
from The Reporter https://ift.tt/3kX8iWX
via IFTTT