'Saya masih ada rasa sayang kepada Dr Mahathir' - Azmin Ali


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan, dia masih lagi menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang disegani walaupun mereka kini berbeza pandangan selepas penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 


Meskipun tidak bersetuju dengan tindakan bekas perdana menteri itu meletak jawatan pada 24 Februari lalu tanpa memaklumkan kepada mereka, masih ada rasa sayangnya terhadap tokoh negarawan berkenaan. 


"Saya masih ada rasa sayang kepada Dr. Mahathir," katanya. 


Dalam wawancara khas bersama The Star, Azmin menjelaskan tindakan Mahathir yang membuat keputusan secara mendadak itu sebenarnya telah menggagalkan perancangannya untuk memimpin sebuah kerjaaan perpaduan dengan sokongan 131 Ahli Parlimen dan terpaksa meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan jawatan utama itu. 


Dalam pada itu juga, Azmin mendakwa bekas bossnya yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah menjadi seorang perengus setelah dibebaskan dari penjara. 


Katanya, bukan dia sahaja yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah ramai lagi pemimpin lain yang turut berbuat demikian. 


"Saya telah berkhidmat untuknya (Anwar) selama 30 tahun, secara rasmi 15 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. 


"Saya juga jaga keluarganya ketika beliau dalam penjara. Saya ingat setelah keluar, beliau menjadi orang lebih baik. Malangnya menjadi orang yang perengus bukan hanya kepada saya, tetapi seluruh negara," katanya.


Sumber: Sinar Harian Online



from The Reporter https://ift.tt/2HThiio
via IFTTT