'Tubuh kami kecil, tapi mampu hilangkan nyawa orang' - Adik bangga dapat bunuh kakak sebab nak kahwin, siap post di FB
Alangkah terkejutnya seorang lelaki apabila mengali tanah di rumah sewanya menemui mayat yang tidak dikenalinya dalam kejadian yang berlaku di Jawat Barat, Indonesia.
Sukiswo, 60, pada awalnya mahu membaiki tandas di rumah sewanya agar dapat disewakan kepada penyewa baru pada 18 November 2020. Tetapi Sukiswo menyedari jubin di lantai sebuah bilik berbeza dengan jubin yang sedia ada.
Curiga dengan perubahan itu, dia mengambil keputusan untuk membuka jubin itu dan menggali tanah di bawah lantai itu. Pada awalnya dia tidak menemui apa-apa dan berputus asa. Tetapi kerana rasa ingin tahunya itu masih kuat, dia meneruskan juga kerja-kerja mengali berjam-jam sehingga terhidu bau yang tidak menyenangkan.
Sukiswo terus menggali dan akhirnya ternampak benda yang mirip dengan tulang manusia, lalu melaporkan penemuan itu kepada polis. Polis datang ke lokasi kejadian dan mengesahkan itu adalah tulang manusia. Pemeriksaan juga mendapati beberapa helai pakaian masih melekat pada mayat itu yang dianggarkan mempunyai ketinggian 160 sentimeter dengan berat 60 kilogram.
Polis percaya, mayat itu adalah mangsa pembunuhan dan mayatnya sengaja disembunyikan. Mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Kali terakhir rumah itu disewakan kepada seorang peniaga bakso yang keluar dari rumah itu sejak 17 Julai 2020, dengan hanya meninggalkan kunci kepada jiran untuk diserahkan kepada Sukiswo.
Siasatan polis akhirnya berjaya membongkarkan kes penemuan mayat itu yang merupakan kakak kepada peniaga bakso. Mangsa mati dibunuh oleh adiknya sendiri yang kini telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Metro Depok, Azis Andriansyah berkata, motif pembunuhan itu adalah kerana suspek, Juan, kesal dengan mangsa, Dedi, yang tidak mahu dia menikah terlebih dahulu.
"Ceritanya, suspek sudah mempunyai teman wanita, tetapi kakaknya belum memiliki calon. Suspek mahu segera bernikah tetapi tidak dapat kerana kakaknya perlu bernikah terlebih dahulu.
"Namun mangsa kerap tersinggng sehingga pitam ketika didesak oleh suspek untuk segera bernikah. Di situ, suspek mengambil kesempatan untuk membunuh kakaknya," katanya.
Sementara itu, suspek juga memberitahu mangsa kerap memarahinya tanpa sebarang sebab. Adakalanya dia dimarahi sebab hal-hal yang remeh temeh. Disebabkan itu juga dia nekad menghabiskan nyawa kakaknya dengan memukul kepalanya menggunakan tong gas 3 kilogram dan ditekap dengan bantal.
"Saya tidak ingat jam berapa tetapi selepas dia marah, dia tidur. Saya pukul kepalanya menggunakan tong gas bahagian kiri sekali, di dadanya sekali dan saya siku bahagian kemaluannya tiga kali sebelum saya tekap mukanya dengan bantal," kata suspek.
Setelah itu, suspek yang juga dibantu oleh seorang rakannya menggali lubang untuk menanam mayat mangsa. Suspek memasang lagu dengan nyaring agar aktiviti mereka tidak diketahui jiran.
Selepas melakukan pembunuhan itu, suspek memuat naik status di Facebook dan dengan bangga menyatakan telah membunuh seseorang dan menyembunyikan mayatnya tanpa dapat dikesan oleh sesiapa.
"Tubuh kami memang kecil tetapi nyali kami besar. Kalian anak sekolahan tauran bergerombolan. Kami berdua nyawa orang bisa hilang tanpa ditemukan. Hanya kita dan tuhan yang nyaho," tulisnya.
Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang kerana melakukan pembunuhan secara terancang dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara 15 tahun dan hukuman mati. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3nPH32x
via IFTTT