(Video) Kantoi 'oyeh²' isteri orang, lelaki dipaksa masuk dalam sangkar babi & ditenggelamkan di sungai


Seorang lelaki di China dipaksa masuk ke dalam sangkar babi dan berulang kali ditenggelamkan ke sungai selepas dia didapati menjalinkan hubungan dengan isteri lelaki lain. 


Menurut laporan Sin Chew Daily, insiden itu berlaku di Daerah Dianbai, Wilayah Guangdong. Video insiden itu juga tersebar di media sosial sejak Jumaat, 20 November 2020 yang menunjukkan mangsa hanya memakai seluar dalam duduk di katil dengan mulut serta hidungnya berdarah. 


Sekurang-kurangnya tiga orang lelaki terbabit dalam insiden itu. Mereka menyoal siasat dan menengking mangsa sebelum mengikat tangannya lalu dipaksa masuk ke dalam sangkar yang diperbuat dari buluh (biasa digunakan untuk mengangkat babi). 


Mangsa menangis meminta tidak diperlakukan sedemikian, tetapi rayuannya tidak diendahkan dan sangkar itu ditenggelam dalam air berulang kali. 


Polis bandar Maoming mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan tiga lelaki terbabit telah menyerah diri.



Difahamkan, kaedah hukuman seperti itu sudah biasa diamalkan di kalangan masyarakat China sejak dari zaman dahulu ketika seseorang atau pasangan ditangkap berzina/curang. Salah seorang akan dimasukkan dalam sangkar babi dan ditenggelamkan di sungai. 


Meskipun hukuman seperti itu tidak pernah dibenarkan dalam undang-undang China, masyarakat masih mengamalkannya terutama dari mereka yang berasal dari golongan bawahan. 


Kebiasaannya, tertuduh akan dibawa ke pusat komuniti kampung di mana pemimpin akan mendengar penjelasan dari saksi dan tertuduh sebelum membuat keputusan. Tertuduh juga akan dipaksa untuk mengenal pasti pasangannya yang juga akan diberikan hukuman.


Tertuduh kemudian diikat dengan tali bagi mengurangkan pergerakan mereka dan dimasukkan dalam sangkar yang diperbuat dari buluh. Sangkar itu kemudian dicampak ke dalam sungai sehingga tertuduh lemas. Setelah itu, mayat tertuduh akan diambil dan dikebumikan. 


Sumber: World of Buzz



from The Reporter https://ift.tt/375lxjd
via IFTTT