16 pemburu bangga dapat tumbangkan 540 ekor rusa & babi hutan, tayang gambar di Instagram


Lebih dari 500 ekor rusa dan babi hutan dibunuh sekumpulan pemburu Spanish yang kemudian menyusun kesemua hasil buruan tersebut untuk dirakam sebagai gambar kenangan di Portugal. 


Menteri Alam Sekitar, Joeo Fernandes menyelar perbuatan 16 pemburu terbabit dan mahu mereka dikenakan tindakan undang-undang. Ini kerana perbuatan mereka itu boleh menjejaskan ekosistem.


Gambar-gambar itu menunjukkan banyak bangkai rusa dan babi hutan disusun mengikut barisan, sementara para pemburu tersenyum puas dan bergelak ketawa di sebalik gambar tersebut. 



Pihak berkuasa di Portugal telah melancarkan siasatan terhadap kes itu yang dipercayai dilakukan di estet persendirian di Torre Bela di Azambuja, di mana kebanyakan rusa di kawasan itu dipercayai semakin berkurangan. 


Institut Pemuliharaan Alam dan Hutan Negara juga sedang menyiasat perkara tersebut yang mula mendapat perhatian banyak pihak setelah salah seorang pemburu memuat naik gambar hasil buruan mereka di Instagram. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/2WP8M7V
via IFTTT