Seorang bayi dilaporkan positif Covid-19 setelah berjangkit dari individu yang datang dari negeri zon merah.
Kes membabitkan bayi itu dikongsikan oleh Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) PKD Kota Setar di akaun Facebooknya semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Dukacita dimaklumkan terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit dijangkiti oleh orang dewasa yang pulang dari negeri zon merah."
Bagaimanapun, UPK tidak mendedahkan kes itu dengan terperinci dan hanya mendoakan bayi berkenaan cepat sembuh. Selain itu, UPK turut menasihatkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk berhati-hati.
"Kita doakan semoga urusan bayi dan keluarga terbabit sentiasa dilindungi dan dipemudahkan oleh-Nya. Amin.
"By the way, warning untuk ibu bapa yang masih ada anak kecil. Kena tahu depa golongan berisiko. Tak perlu dok usung depa kat luar kalau tiada keperluan.
"Dan hadkan pengunjung yang nak datang tengok baby di rumah."
Sebelum, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah menasihatkan orang ramai yang berada di zon merah tidak merentas daerah atau negeri untuk mengelakkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19 yang boleh menyebabkan wujudnya kluster baharu.
Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar
from The Reporter https://ift.tt/2L5qwZT
via IFTTT