Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap seorang buruh kerana gagal membayar nafkah enam anaknya sebanyak RM11,000.
Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Mat Yusof membuat keputusan itu setelah tertuduh, Diang Abd Ghani, 54, didapati bersalah mengikut Seksyen 181 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) kerana gagal melunaskan pembayaran nafkah anak-anak kepada bekas isteri.
Difahamkan, 21 April lalu, mahkamah mengarahkan Diang untuk membayar nafkah kepada enam anaknya sebanyak RM300 sebulan seperti yang dipersetujui dengan bekas isterinya.
Malangnya, Diang gagal berbuat demikian dan tunggakan semakin bertambah sehingga mencecah RM11,000.
Sebelum itu, mahkamah pada 19 Februari mengarahkan Diang hadir ke mahkamah selepas bekas isterinya memfailkan notis penghakiman. Tetapi Diang gagal hadir dan menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
15 Disember 2020, Diang berjaya ditahan dan kemudian dihadapkan ke mahkamah.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2Wzmls0
via IFTTT