Hobi lebih penting dari keselamatan anak? Polis beri amaran, wanita dukung anak sambil berbasikal boleh dikenakan tindakan


Viral di media sosial gambar seorang wanita berbasikal bersama dengan rakannya, sambil mendukung anak di belakang badan mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias menyelar perbuatan wanita itu bukan sahaja mengundang risiko keselamatan, malah dia boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya berlaku kemalangan. 


Azisman tidak menafikan bahawa aktiviti berbasikal semakin menjadi trend pada waktu ini, tetapi kebanyakan penggemar aktiviti itu tidak mengutamakan keselamatan, mengabaikan undang-undang dan peraturan di jalan raya. 


"Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain," katanya. 


Menurut Azisman, bagi kesalahan menunggang basikal secara berbahaya, penunggangnya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Mereka juga boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan atau memudaratkan anak yang dibawa melakukan aktiviti tersebut. 


Justeru, beliau menasihatkan orang awam patuh pada peraturan jalan raya dan elakkan diri dari melakukan aktiviti berbasikal yang boleh membahayakan keselamatan. 


Sumber: Harian Metro




from The Reporter https://ift.tt/3mFsAF4
via IFTTT