Hospital Sri Lanka bakar mayat bayi (muslim) positif Covid-19 tanpa persetujuan ibu bapanya


Tindakan pihak hospital membakar mayat bayi beragama Islam di Sri Lanka secara paksa, mencetuskan kemarahan masyarakat yang membantah larangan kontroversi di negara itu yang mengharamkan pengebumian mayat mangsa Covid-19. 


Mohammed Shaikh, 20 hari, meninggal dunia di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Colombo, ibu negara Sri Lanka, minggu lalu dan mayatnya terus dibakar pada keesokan harinya tanpa kebenaran ibu bapa mangsa. 


Pada malam kematiannya, mereka (hospital) memberitahu kami yang anak kami disahkan positif Covid-19 dan kemudian meminta kami menandatangani borang yang membenarkan proses kremasi tersebut," kata Mohammed Fahim, bapa kepada mangsa. 


"Kami juga meminta pihak hospital melakukan ujian tambahan pada anak kami, tetapi mereka menolak untuk berbuat demikian," tambahnya. 


Fahim yang bekerja sebagai pemandu teksi roda tiga memaklumkan kepada hospital bahawa dia merancang untuk mengumpul dana 9,000 rupee (RM495) untuk melakukan ujian saringan di hospital swasta di mana dia percaya hasil lebih dipercayai. 


Keesokan pagi paginya, ketika Fahim sedang berusaha mengumpul dana tersebut, dia menerima sijil kematian yang dihantar pihak hospital ke rumahnya dan mayat anak mereka akan dipindahkan ke krematorium dan akan dibakar dalam tempoh 24 jam. 


"Saya nak tahu kenapa mereka (hospital) tergesa-gesa nak membakar anak saya".


Menurut aktivisi, ada beberapa mayat mangsa Covid-19 diletakkan di bilik mayat sehingga 10 hari sebelum dibakar.


Sementara itu, doktor hospital berkenaan memberitahu wartawan TV Sinhalese bahawa ibu bapa bayi itu tidak datang untuk menuntut bayi mereka.


"Ini tidak benar! Saya sudah memberitahu mereka (hospital) yang saya sedang mengumpul wang untuk melakukan ujian saringan lain untuk anak saya," kata Fahim. 


Sri Lanka satu-satunya negara di dunia yang memaksa mayat mangsa Covid-19 dibakar ketika pandemik, sekali gus mengabaikan nasihat dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) yang membenarkan mayat mangsa dikebumikan seperti biasa. 


Sumber: Alarabiya



from The Reporter https://ift.tt/2LG1H7n
via IFTTT