Seorang lelaki yang juga penjawat awam ditahan polis semalam kerana disyaki mengintai wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 36 itu terdahulu datang ke balai polis untuk membuat penafian berhubung laporan yang dibuat oleh pengadu, sebelum ditahan pada jam 5.20 petang.
Ketika memberi keterangan penafian berhubung dakwaan mengintai pengadu di dalam tandas, polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangannya dan suspek terus ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurut suspek, dia masuk ke dalam tandas wanita untuk membuang air besar susulan pintu tandas lelaki dikunci. Keputusan ujian saringan air kencingnya juga disahkan negatif dan suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
Terdahulu, pengadu berusia 34 tahun dalam keterangannya berkata, pada jam 10.30 malam itu dia berada di dalam tandas dan terdengar bunyi ketukan pintu yang kuat. Pengadu bertanya kepada anaknya yang berusia empat tahun dan anaknya memaklumkan ada orang masuk ke dalam tandas.
Kemudian pengadu ternampak tapak tangan dan mata di bawah ruang pintu tandas, lalu keluar dari tandas dan ternampak suspek yang juga keluar dari tandas bersebelahan. Pengadu bertanya apakah lelaki itu mengintainya, namun suspek menafikan tuduhan pengadu.
Wanita itu terus memaklumkan kepada pihak stesen minyak berhubung insiden itu dan pergi ke balai untuk membuat laporan polis.
Suspek akan direman selama dua hari untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. ahan Kecil.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/388cbUo
via IFTTT