Wanita berusia 51 tahun yang tergamak membunuh kucing hamil, direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membenarkan suspek direman sehingga Ahad ini bagi membolehkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk melakukan siasatan.
BACA: (Video) Kucing bunting mati dipukul dengan batang besi, berang depan rumah selalu ada najis kucing
Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari kelmarin, suspek yang bekerja sebagai broker dikatakan bengang dengan dua kucing itu yang dituduhnya membuang najis di hadapan rumahnya.
Suspek kemudian mengambil sebatang besi dari keretanya lalu bertindak memukul kucing itu yang sedang makan menyebabkan salah seorang kuncing betina yang hamil, mati manakala seekor lagi mengalami kecederaah di bahagian mulut.
Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang terus melaporkannya kepada pihak JPV.
Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati dua kucing berkenaan tidak bertuan dan berkeliaran di kawasan perumahan itu. Pihaknya juga pergi ke rumah suspek untuk menyoal siasat wanita terbabit sebelum merampas pakaian serta besi yang digunakannya dalam kejadian itu.
Bangkai kucing telah diambil dan dihantar ke makmal veterinar untuk dibedah siasat. Seekor lagi kucing yang cedera, bengkak di bahagian muka dan mengalami kesukaran untuk makan, masih diberi rawatan susulan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/34Yr5vU
via IFTTT