Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan 5.00 sen seunit (4.25 seunit dan bonus 0.75 sen) untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz membuat pengumuman itu melalui sidang media secara maya hari ini.
Pengumuman itu membabitkan pembayaran berjumlah RM7.65 bilion yang akan memanfaatkan 10.2 juta pemegang unit.
Selain itu, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz turut mengumumkan pembayaran khas ihsan 0.75 sen seunit bagi bonus khas sempena ulang tahun ASB ke-30 tahun sehingga 30,000 unit pemegang unit ASB.
Ia sekali gus menyaksikan agihan pendapatan rendah berbanding 5.50 sen seunit tahun lalu yang juga pembayaran pengagihan terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.
Dalam masa yang sama, Zeti berkata walaupun persekitaran ekonomi berdepan cabaran susulan pandemik COVID-19, aset pengurusan PNB meningkat dari RM312 bilion kepada RM320 bilion, sementara unit dalam edaran meningkat 3.4 peratus.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/37Jl5Jb
via IFTTT