Senarai Forbes 2020 menunjukkan, Ryan Kaji, 9, merupakan YouTuber yang menerima bayaran tertinggi sepanjang tahun ini dengan jumlah pendapatan dari platform tersebut sebanyak US$29.5 juta (RM119 juta).
'Ryan's World' sangat popular di kalangan kanak-kanak sebayanya menerusi video membuka kotak mainan dengan review yang menghiburkan itu mempunyai 27.7 juta pengikut di YouTube.
Berbeza dengan beberapa tahun sebelum ini di mana pada tahun 2018, Ryan mendapat US$22 juta (RM89.3 juta), dan tahun 2019, pendapatannya dari platform itu meningkat sebanyak US$26 juta (RM105.5 juta).
Difahamkan, Ryan jugam mepunyai produk di bawah jenamanya sendiri seperti mainan, ubat gigi dan beg sekolah yang dijual melalui Amazon, Target dan Walmart.
Hasil jualan barangan tersebut berjaya meraih keuntungan US$200 juta (RM807 juta) pada tahun 2019, selain penerbitan program bersiri Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate'.
Selain Ryan, YouTuber lain yang turut mencatatkan pendapatan tertinggi adalah Mr Beast US$24 juta, Dude Perfect US$23 juta, Rhett and Link US$20 juta, Markiplier US$19.5 juta, Preston Arsement US$19 juta, Natsya US$18.5 juta, Blippi US$17 juta, David Dobrik US$15.5 juta dan Jeffree Star US$15 juta.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3hiiBEW
via IFTTT