'Saya takkan benarkan warga asing bekerja di pasar borong' - Annuar


Bermula tahun depan, hanya pekerja tempatan sahaja yang boleh diambil bekerja di pasar borong Kuala Lumpur. 


Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menegaskan, dia tidak akan menerima sebarang rayuan yang dikemukakan oleh pemborong yang masih berdegil mahu mengambil tenaga kerja asing. 


"Jawapan saya tetap, saya tidak benarkan warganegara asing berkerja di situ. Ambil warga tempatan bekerja. Usah cuba buat rayuan lagi. Ini dasar," tulisnya di Twitter semalam. 


23 Oktober lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan notis kepada pemborong yang memaklumkan bermula 1 Januari 2021, hanya pekerja tempatan sahaja yang boleh diambil bekerja di pasar borong. 


Jika didapati ada pemborong ingkar, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk kehilangan lesen perniagaan. 


Bagaimanapun, pemborong membantah keputusan itu dan menganggap notis itu sebagai tidak wajar dan masuk akal kerana pekerja asing mempunyai permit untuk bekerja di pasar borong. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3r6U61Z
via IFTTT