(Video) 'Myvi buat hal gaiss~!'


Viral di media sosial video menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi memotong kenderaan di hadapannya dengan menggunakan laluan yang tidak sepatutnya, mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya geng bawang rangers. 


Menurut sumber, kejadian yang berlaku di Kota Kemuning itu sempat dirakam oleh pengguna jalan raya yang terkejut melihat tindakan pemandu kereta terbabit. 


Berdasarkan video berdurasi 15 saat itu menunjukkan, pemandunya memandu cuba memotong kenderaan di hadapan sehingga tayar keretanya naik ke tebing sebelah kiri, biarpun keadaan jalan pada ketika itu masih lancar tetapi bergerak perlahan. 


Apabila tiba di hujung, pemandunya mengangkat tangan untuk meminta diberikan ruang, sedangkan dia boleh saja beratur seperti para pengguna lain yang menghadap trafik itu dengan penuh kesabaran. 


Di media sosial, netizen menjadikan insiden itu sebagai bahan gelak ketawa kerana sudah terbiasa dengan kes-kes pelik yang berlaku di jalan raya melibatkan kereta Perodua Myvi. 



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/37tCOUO
via IFTTT