Seorang wanita dan dua lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah di mana tangan mereka telah dipotong oleh kartel dadah Mexico kerana didakwa mencuri, lapor Daily Mail.
Wanita berusia 22 tahun dan dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu ditemui orang awam pada jam 7.40 malam Jumaat lalu di tepi jalan raya di bandar Silao.
Menurut penduduk tempatan, ketiga-tiga mangsa berkenaan telah dicampak keluar dari sebuah kenderaan bersama sebuah beg yang berisi tangan mereka yang telah dipotong. Turut ditemui, sekeping plakad hijau yang ditandatangan dengan nama kartel terbabit.
Menurut tulisan yang tertera pada plakad itu berkata, "Ini yang berlaku kepada saya kerana saya pencuri yang tidak menghormati orang baik dan rajin. Sesiapa pun yang mencuri, ini yang akan berlaku pada mereka," dengan tandatangan CJNG yang membawa maksud, Jalisco Nueva Generacion Cartel, kartel dadah paling berbahaya di Mexico.
Ketika ditemui, mata kesemua mangsa ditutup dan kaki serta tangan mereka diikat bersama bagi mengelakkan mereka melarikan diri. Pergelangan tangan mereka juga diikat bagi menghentikan pendarahan.
Penduduk kemudian menghubungi paramadik dan seterusnya kesemua mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ahli perubatan juga mengambil semula tangan mangsa di dalam beg ais dengan harapan tangan-tangan itu dapat disambung semula kerana lukanya masih baru.
Menurut mangsa, mereka telah diculik dari kawasan setempat menggunakan kereta yang tidak dikenali. Mereka dibelasah dengan teruk.
Polis juga tiba di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan serta mengambil bahan bukti. Sehingga kini polis masih belum mengenal pasti dalang kejadian itu. - The Reporter
from The Reporter https://ift.tt/2WiWKTU
via IFTTT