'Aku bosan dengan BDR ni, masa kerja dah jadi 24 jam' - kata netizen selepas baca berita KPPA dedah ada penjawat awam bersantai semasa BDR
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam semalam mendedahkan ada penjawat awam yang bekerja dari rumah (BDR) mengambil kesempatan untuk keluar bersantai atau membeli-belah di pasar raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd Rahman berkata, perbuatan itu jelas sekali bertentangan dengan arahan yang mewajibkan semua pegawai terlibat berada di rumah masing-masing ketika BDR.
"Kes-kes sebegini menimbulkan persoalan setakat mana amanahnya kita sebagai penjawab awam walaupun hal ini bukan dikategorikan sebagai rasuah," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga memberi peringatan kepada 1.6 juta penjawat awam untuk tidak mengambil kesempatan dari BDR sebagai peluang untuk bersenang-lenang, keluar bersantai atau membeli-belah di pasar raya kerana perbuatan itu boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam.
Ketirisan integriti dan amanah juga akan membawa kepada pelbagai isu lain yang memberi kesan terhadap penilaian pelanggan dan imej perkhidmatan awam.
"Sebagai contoh, pekerja yang kurang amanah mungkin akan bekerja sambil lewa, tidak fokus dan berlengah-lengah menyiapkan tugasan. Tugasan yang boleh siap dalam masa satu hari mungkin akan mengambil masa beberapa hari," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen tidak menafikan perkara itu memang berlaku sehingga menyebabkan ada pegawai yang benar-benar memerlukan BDR tidak dibenarkan BDR ekoran perbuatan segelintir pegawai yang tidak bertanggungjawab.
Ada netizen yang merupakan penjawat awam mendedahkan, mereka juga mengalami tekanan dari pegawai atasan ketika BDR di mana mereka dihubungi dan disoal mengenai kerja sehingga ke waktu tengah malam. Sedangkan tempoh waktu bekerja adalah 8 jam, bukannya 13 jam.
"Disebabkan perangai segelintir yang mengular inilah bosses tak nak bagi BDR. Tapi bosses pun agak-agaklah duk tanya kerja sampai malam. Ke boss yang pergi jalan-jalan time siang?"
"Aku bosan dengan BDR ni. Masa kerja dah jadi 24 jam. WhatsApp, Telegram ahhh! Tolong!"
"Santai kau kata? Pagi sampai malam kena buat kerja. Tapi ada masa tetap kena pergi office sebab nak analyze data, sofware kat office. Tapi memang ada yang kat office pun santai sehari suntuk. Bila BDR, dia lagi santai. Tapi yang ini bos tak cakap apa. Yang perform pula kena potong markah."
"Tak semua pun ambil kesempatan BDR ni. Macam aku, pagi-pagi sampai tengah hari kena selalu tengok phone, WhatsApp, email. Macam-macam juga kena suruh. Kadang-kadang sampai terkial-kial dibuatnya."
Sumber: Kosmo, Forum Cari
from The Reporter https://ift.tt/39wUYEV
via IFTTT