China dilaporkan telah mula melakukan 'Swab Dubur' terhadap penduduk di kawasan yang mencatatkan kes penularan wabak Covid-19. Menurut pakar, kaedah tersebut lebih tepat dan jitu bagi mengesan virus tersebut.
Bagi mengumpul sampel itu, putik kapas perlu dimasukkan ke dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter (1.2 hingga 2 inci) dan diputar-putar beberapa kali. Setelah selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan sebelum disimpan dalam bekas sampel. Proses keseluruhan bagi melakukan prosedur itu hanya mengambil masa 10 saat.
Beijing mula menggunakan kaedah itu dengan lebih kerap setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun didapati positif Covid-19, minggu lalu.
Sejak 17 Januari 2021, lebih daripada tiga juta penduduk di tiga daerah Beijing telah menjalani ujian saringan Covid-19 dalam usaha membendung penularan wabak berkenaan. Lebih daripada 1,000 kakitangan dan pelajar sekolah juga menjalani pelbagai ujian asid nukleik termasuk Swab Dubur.
Menurut jurucakap hospital Beijing, Li Tongzeng berkata, virus Covid-19 bertahan lebih lama di bahagian dubur atau najis berbanding sampel yang diambil dari tekak dan hidung.
"Kami mendapati, ada beberapa pesakit tanpa gejala cenderung pulih dengan cepat. Ada kemungkinan tidak ada jejak virus di kerongkong mereka setelah tiga hingga lima hari.
"Tetapi virus bertahan lebih lama dari sampel yang diambil dari saluran pencernaan dan kotoran pesakit, berbanding sampel yang diambil dari saluran pernafasan.
"Sekiranya kami melakukan swab test di dubur untuk ujian asid nukleik, ini akan meningkatkan kadar pengesanan pesakit lebih tinggi," kata pakar. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3iOzqrM
via IFTTT