Hasrat seorang lelaki yang dipercayai mahu membunuh diri dengan terjun dari kapal dalam perjalanan ke Padangbai ke Lombok Barat, Indonesia pada Khamis, 21 Januari 2021, terpaksa dilupakan gara-gara takut mati.
Lelaki itu melambai-lambai meminta tolong dari sekumpulan lelaki yang sedang memancing berhampiran dalam jarak 1.8 kilometer di kawasan perairan Lembar.
"Tengah mancing, tiba-tiba terdengar suara orang meminta tolong. Lalu kami bersama-sama cuba mencari dari mana datangnya punca suara itu," kata Ketua Polis Daerah Sekotong, Sumerta.
Mereka kemudian ternampak lelaki itu dalam keadaan terapung dan keletihan lalu terus menyelamatkannya dan dibawa ke darat. Sebaik saja sampai di darat, pemancing menghubungi pihak polis dan mangsa dibawa ke pusat kesihatan masyarakat untuk mendapatkan rawatan.
Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan duda satu anak dan sudah bercerai dengan isterinya sejak dua tahun lalu. Mangsa dipercayai nekad mengakhiri kehidupannya kerana mengalami depresi akibat masalah keluarga. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3ogqYCw
via IFTTT