Seorang gadis dirogol 20 lelaki di sebatang jalan yang sibuk di Sudan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa dikepung dan mangsa diheret keluar.
Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku pada siang hari di bandar Khartoum pada malam Tahun Baru 2021 dan baru dilaporkan oleh media yang mencetuskan kemarahan banyak pihak. Malangnya, pihak berkuasa dikatakan tidak begitu berminat untuk menangani kes itu.
Mangsa yang tidak diketahui umurnya itu dikatakan diheret keluar dari kereta oleh 20 lelaki di Jalan Nil. Mangsa kemudian dirogol sekumpulan lelaki terbabit. Saudara (lelaki) mangsa cuba menyelamatkan mangsa, tetapi dia dibelasah bertubi-tubi.
Kejadian itu menarik perhatian beberapa pihak termasuk golongan artis yang turut menuntut keadilan untuk mangsa serta menggunakan hashtag #itsnotokay dan #wearewithyou do Twitter sebagai tanda solidariti.
Netizen mendakwa, itu bukan kali pertama mangsa dirogol dan menggesa golongan wanita membuat laporan polis sekiranya berlaku kejadian seperti itu.
"Saya mahu berasa selamat di negara saya sendiri. Saya tidak mahu keluar dengan ketakutan diserang secara seksual dan dipersalahkan atas perkara yang bukannya salah saya.
"Tolong kongsikan ini, hentikan budaya rogol dan berhenti menyalahkan mangsa," tulis netizen.
Tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kes itu atau sebaliknya.
from The Reporter https://ift.tt/3pVcM34
via IFTTT