Isteri bantu suami rogol wanita lain kerana takut diceraikan


Sepasang suami isteri di Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes rogol. 


Ketua Polis Bukit Tinggi, Chairul Amri Nasution berkata, wanita berusia 40 tahun itu membantu suaminya yang berusia 36 tahun merogol seorang wanita, kerana takut diceraikan. 


Difahamkan, suspek lelaki dan mangsa sudah lama menjalinkan hubungan terlarang sehingga diketahui isterinya baru-baru ini yang menyebabkan tercetusnya pertengkaran di antara mereka. 


"Ketika itu, suspek mengancam mahu menceraikan isterinya. Oleh kerana takut diceraikan, si isteri menuruti saja permintaan suaminya termasuk mahu kembali melakukan hubungan intim dengan mangsa," katanya. 


Takut dengan ugutan suaminya, wanita itu kemudian menghubungi mangsa dan dibawa ke rumah sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan intim dengan suami di hadapan matanya sendiri sebanyak dua kali. 


Mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, pasangan terbabit ditahan dan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. 


"Suspek lelaki berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun, manakala isterinya berdepan dengan hukuman penjara 9 tahun," katanya. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3ciyDxU
via IFTTT