'Kau pengecut!' - Warga emas berang diprovok, tembak muka lelaki tak pakai face mask


Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun, Jumnean Sri-orn, ditahan selepas menembak mati lelaki yang tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri upacara pengebumian di Chaweng, Thailand. 


Kejadian berlaku pada Khamis, 7 Januari 2021, apabila suspek bertengkar dengan mangsa berusia 50 tahun, Samran Tawai yang mana Jumnean sebelum itu menegur mangsa tidak memakai pelitup muka. 


Keadaan menjadi lebih teruk ketika Jumnean mahu menunggang motosikal beredar dari tempat itu tetapi ditolak oleh mangsa. 


"Aku tahu kau bawa senjata, tapi kau pengecut sampai tak berani nak tembak," demikian kata-kata mangsa yang didengar oleh saksi. 


Provokasi dari mangsa membuatkan suspek mengeluarkan senjatanya lalu menembak mangsa di bahagian muka. 


Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu terus bergegas ke lokasi kejadian dan menahan Jumnean yang kini atas tuduhan membunuh serta membawa senjata tanpa lesen. 


Jumnean mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.


Sumber: Khaosod



from The Reporter https://ift.tt/3q4DfeU
via IFTTT