Nyaris maut selepas picit jerawat di dagu


Seorang lelaki nyaris maut selepas memicit jerawat di bahagian dagunya. Chen dikejarkan ke hospital di Wilayah Jiangsu, China, selepas kesihatannya merosot secara mendadak. 


Difahamkan, selepas memicit jerawat tersebut, Chen mengalami bengkak di bahagian mulut dan demam. Keadaannya menjadi teruk dan jangkitan merebak ke bahagian paru-paru. 


Chen didiagnosis dengan pneumonia berganda yang berpotensi meragut nyawanya dan dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan doktor. 


Isterinya, Tian berkata, "Ada jerawat tumbuh di bahagian dagunya, saya dah beritahu jangan pecahkan. Tetapi dia tak dengar cakap, dia pecahkan juga".


Doktor Zhu yang merawat Chen juga berkata, "Dia mengalami jangkitan di mulut yang menyebabkan pneumonia berganda. Keadaannya sangat kritikal". 


Zhu menasihatkan orang ramai untuk tidak memicit jerawat di bahagian yang dikenali sebagai 'segitiga kematian' yang merangkumi kawasan hidung dan mulut. 


"Paling penting ialah jangan picit menggunakan jari. Kalau kawasan sekitar kulit menjadi kemerahan, bengkak dan sakit, atau pesakit mengalami demam, segeralah mendapatkan rawatan," katanya. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3bDKnL4
via IFTTT