'Sini kamu kalau berani!' - Lelaki warga Indonesia hina & cabar polis, tak puas hati sebab pelaksanaan PKP 2.0


Padah memuat naik kenyataan berbaur penghinaan serta ugutan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen di Facebook berhubung pelaksanaan PKP 2.0 baru-baru ini, polis kini sedang giat menggesan individu bernama Respati, warga Indonesia yang bekerja di Sabah. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kertas siasatan akan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


Berdasarkan status yang dimuat naik, Respati mencabar polis datang ke tempatnya di Batu 13 Jeroco kerana berang dengan kerajaan yang melaksanakan PKP 2.0 yang katanya sengaja menakutkan rakyat. 


Respati juga mengugut mahu melanggar polis dan imigresen menggunakan lori tanker 18 tayar serta menghasut orang ramai untuk tidak takut dengan polis.


"Bawakan saja parang panjang, samurai, badik pisau tusuk semua ***** tahi babi anjing kurang ajar kamu *****. Sini kamu kalau berani. Aku masih di Batu 13 Jeroco menunggu kamu," tulisnya. 


Bagaimanapun, menurut netizen di ruangan komen status Facebook lelaki itu berkata, lelaki itu telah berjaya diberkas polis.


Turut dirampas beberapa dokumen peribadi dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan biadabnya itu.


Sumber: Bernama, FB Respati



from The Reporter https://ift.tt/3idurAz
via IFTTT