Suami jual isteri kepada lelaki hidung belang, mengaku perlukan wang untuk biaya kos perubatan mertua
Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan polis kerana menawarkan khidmat skes dengan menjual isterinya sendiri kepada lelaki hidung belang.
Alfian Zulfikri, mempromosikan perkhidmatan jijiknya itu melalui media sosial sama ada dalam bentuk berseorangan, bertiga mahupun berempat.
Perbuatannya bagaimanapun terbongkar selepas orang awam melaporkan kegiatannya. Bertindak di atas laporan itu, polis akhirnya berjaya menahan Alfian di sebuah hotel di Mojokerto, Indonesia.
Ketika ditahan, Alfian sedang bersama dengan isteri dan seorang lelaki yang dipercayai pelanggan mereka.
Berdasarkan siasatan, suspek melakukan kegiatan tidak bermoral itu sejak Mac 2020 melalui media sosial dengan menjual isterinya sendiri.
Alfian menawarkan khidmat tersebut dengan menggenakan caj sebanyak 1.5 juta rupiah (RM430) bagi tempoh dua jam. Jika tempoh masa lebih dari dua jam, caj tambahan akan dikenakan.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku berbuat demikian dengan persetujuan isteri kerana mereka terdesak untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan bapa mertuanya yang sedang sakit. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3bA2ktX
via IFTTT