Pertengahan Februari lalu, negara jiran dihebohkan dengan pengakuan seorang wanita bernama Siti Zainah yang mendakwa dihamilkan oleh 'angin'.
Siti mengakui dia hamil selepas satu jam dan kemudian melahirkan anak-anak setelah angin bertiup ke dalam organ sulitnya.
Namun selepas pihak berkuasa menjalankan siasatan, Siti sebenarnya bukan dihamilkan oleh angin yang selama ini menjadi 'mangsa' fitnah. Sebaliknya yang menghamilkan Siti adalah bekas suaminya sendiri iaitu Muhammad Sofiuloh.
Difahamkan, Siti dan Sofiuloh telah bercerai secara sah mengikut agama sejak empat bulan lalu. Ketika disoal siasat oleh polis, Sofiuloh akhirnya mengaku bahawa bayi yang dikandung Siti itu adalah anaknya.
Sebelum itu, pihak polis mahu melakukan ujian DNA untuk memastikan bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan oleh Siti. Dengan pengakuan Sofiuloh, ujian DNA itu terpaksa dibatalkan.
Polis tidak menolak kemungkinan yang proses kehamilan itu sudah berlaku sebelum pasangan itu bercerai dan mungkin Siti sempat melakukan hubungan intim bersama bekas semuanya sebelum bercerai.
Bagi mengesahkan perkara itu dan memastikan tidak ada polemik di kalangan masyarakat, polis akan segera mengambil sampel DNA dari Sofiuloh untuk dipadankan dengan DNA bayi perempuan Siti.
Langkah itu diambil bagi menangani isu tersebut yang dikhuatiri boleh menyesatkan masyarakat lebih-lebih lagi berita kelahiran bayi perempuan berkenaan tanpa proses hubungan badan sudah tersebar di merata tempat. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/37RCzmu
via IFTTT