'Baling bata tu kat kepala dia, baru ingat seumur hidup' - Lelaki gemar pecahkan cermin kereta, ditahan
Polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai gemar memecahkan kereta orang awam menggunakan batu bata di Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek telah memecahkan cermin 18 kenderaan sejak seminggu lalu sebelum ditahan di Jalan Kemuning, kelmarin.
"Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas tiga motosikal bersama kunci, topi keledar dan pakaian digunakan suspek semasa melakukan jenayah itu di sebuah bengkel di Batu 9, Teluk Kemang di sini," katanya.
Dengan penahanan suspek, polis percaya pihaknya telah menyelesaikan kes pecah cermin kereta yang berlaku sejak seminggu yang lalu.
Siasatan awal polis mendapati, suspek melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu bersendirian dan aktif di sekitar kawasan taman perumahan di Port Dickson, Teluk Kemang dan Lukut.
Batu bata yang digunakan suspek, dikutip di tepi jalan sekitar tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyan 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3ur0Sku
via IFTTT