'Henti kegiatan lombong emas, itu hak Kerajaan Pahang' - MB Pahang akan ambil tindakan tegas jika ada penduduk yang ingkar
Media semalam melaporkan ada aktiviti perlombongan emas yang dilakukan oleh penduduk kampung di Daerah Kechau, Pahang sehingga ada yang memperoleh batuan berharga itu seberat tujuh kilogram.
Baru saja dilaporkan semalam dan hari ini Kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan itu dihentikan serta-merta bagi memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.
"Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.
"Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Menurut laporan itu, ada penduduk yang memperolehi pendapatan lumayan dengan hasil jualan emas berkenaan sehingga membeli kenderaan secara tunai.
Sumber: Kosmo Online, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3bN0Qv8
via IFTTT