Kajian Microsoft mendapati netizen Indonesia paling tak sopan, lalu diserang netizen sekali gus membuktikan kajian itu benar
Kajian Microsoft yang menyatakan bahawa netizen di Indonesia merupakan netizen yang paling tidak sopan di Asia Tenggara telah menimbulkan kemarahan netizen di negara itu yang menyerang akaun Instagram rasmi Microsoft.
Mereka tidak dapat menerima keputusan kajian tersebut dan mula melemparkan pelbagai komen di ruangan komen akaun Instagram Microsoft sehingga membuatkan pihak berkenaan terpaksa menutup ruangan komen kerana tidak tahan diserbu netizen Indonesia.
Tanpa sedar, hal itu sekali gus membuktikan bahawa kebenaran dari kajian yang dilakukan oleh Microsoft bahawa netizen Indonesia sememangnya tidak sopan.
Walaupun ramai yang melemparkan komen tidak berpuas hati, tidak kurang juga netizen yang memohon maaf kepada Microsoft berhubung tindakan rakan senegaranya.
Difahamkan, dalam kejadian yang bertajuk 'Digital Civility Index (DCI)' itu, Microsoft meneliti sebanyak 16 ribu responden dari 32 negara. Sistem penilaian dibuat berdasarkan skala 0-100 di mana semakin tinggi skornya, bererti tahap kesopanan netizen di negara itu semakin rendah.
Hasil kajian mendapati, skor kesopanan netizen Indonesia adalah 76 berbanding skor yang diperolehi tahun 2019. Menariknya, skor tersebut bukan didominasi oleh golongan remaja, tetapi golongan dewasa.
Sementara itu, netizen yang paling sopan di Asia Tenggara adalah Singapura. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3aWu4YX
via IFTTT