'Kami manusia masih bertuhankan Allah, mengucap 2 kalimah syahadah' - Admin group Riak Apa Hari Ini tarik balik kenyataan 'seram' tadi...
Susulan teguran Ustazah Asma' Harun, pihak pengendali Facebook Group Riak Apa Hari Ini (RAHI) mengambil pendekatan untuk mengekalkan group tersebut, namun membuat tapisan terhadap perkongsian post ahli-ahlinya bagi mengelakkan group tersebut terus dikecam netizen.
"Sebab group kita tengah viral sekarang, sebarang post yang anda share melibatkan keceman terhadap group ini, admin takkan approve. Tak nak kita mengutuk dah, sebab asal penubuhan group ini hanya untuk membahan ahli jemaah kita yang masing-masing riak di dunia tipu-tipu.
"Kami para admin menerima nasihat seadanya. Kita manusia masih bertuhankan Allah. Kita masih mengucap dua kalimah syahadah," katanya.
Jelasnya lagi, pihak RAHI faham bahawa ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan memerlukan hiburan. Maka group itu dibuat hanya sekadar suka-suka dan langsung tidak berniat untuk memperlekehkan golongan miskin atau sederhana.
"Jujurnya, kami para admin pun bukan dari golongan bangsawan, jutawan, hartawan. Kami juga dari golongan yang terjejas. Kami masih berusaha mencari rezeki sesuap nasi setiap hari. Setiap rezeki orang lain-lain," katanya.
Walaupun begitu, pihak RAHI masih mengekalkan pendirian bahawa, mana-mana individu yang merasakan gurauan mereka melampau diminta untuk meninggalkan group tersebut.
"Pada yang rasa gurauan riak sahabat-sahabat kami ini melampau-lampau, anda boleh leftkan diri sendiri. Sebab kalau anda semua masih berada di group ini dan mencari kesalahan ahli-ahli group ini... Sendiri fikirlah, malas nak taip panjang-panjang," katanya.
Terdahulu, Ustazah Asma'Harun menegur penubuhan group RAHI yang menurutnya dosa yang sedang dihalalkan atas nama gurauan.
"Mohon admin group "Riyak Apa Hari Ni' boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riyak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.
"Jangan indahkan perkataan keji 'riyak' atas nama gurauan," katanya.
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3aHIxIj
via IFTTT