Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat meninggal dunia akibat barah hati


Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat, 70, dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.21 petang 27 Februari 2021 akibat penyakit barah hati yang dihidapinya.


Ng sebelum ini menjalani rawatan kemoterapi dan kesihatannya semakin merosot. Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Khamis tetapi keadaannya tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan positif. 


Pihak hospital kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk datang melawat Ng buat kali terakhir. 


Ng yang berasal dari Fujian, China, memulakan kariernya dalam industri hiburan pada usia 22 tahun dan telah banyak muncul dalam filem komedi bersama Stephen Chow.


Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik pada Festival Anugerah Filem Hong Kong ke-10 bagi wataknya dalam filem 'A Moment of Romance'. Selain itu pernah menerima beberapa pencalonan bagi Anugerah Filem Hong Kong dan Taiwan Golden Horse Awards. 


Ng dan Stephen Chow banyak berganding dalam beberapa filem komedi yang popular. Namun mereka berdua berhenti berlakon bersama selepas filem Shaolin Soccer, hampir 10 tahun lalu.



Kawan rapatnya, Tenky Tin Kai-man berkata, "Dia pergi meninggalkan kami dalam keadaan tenang. Dia meninggal dunia semasa tidur". 


Sumber: Taiwan News



from The Reporter https://ift.tt/3q4tSLv
via IFTTT