Seorang remaja lelaki merakam dirinya mengelar leher seekor anjing dan video tersebut dimuat naik ke media sosial.
Dalam video tersebut, kelihatan seekor anjing baka Chihuahua mempunyai luka besar di bahagian lehernya dan mengalami kesukaran bernafas.
Menurut Polis Riverside, California, Amerika Syarikat, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu. Bertindak di atas maklumat yang tertera pada akaun media sosial, polis telah membuat tangkapan terhadap Angel Ramos, 19, pada Sabtu, 23 Februari 2021.
Polis turut menemui beberapa barang bukti seperti senjata haram iaitu penumbuk buku jari besi, kesan darah pada pakaian dan luka di tangan.
Selain itu, seekor anjing Chihuahua yang menjadi mangsa kezalimannya juga ditemui dengan luka parah di bahagian leher. Polis terus segera membawa haiwan itu ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.
Ramos ditahan kerana melakukan kezaliman terhadap hawai dan memiliki senjata haram tanpa kebenaran. Namun, Ramos dibebaskan beberapa jam kemudian dengan jaminan polis.
Pengarah Perkhidmatan Haiwan (NGO), Julie Bank berkata, pihaknya mengutuk perbuatan zalim remaja terbabit terhadap haiwan kecil berkenaan. Malah katanya, anjing itu tidak dapat diselamatkan berikutan kecederaannya yang sangat parah.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/3k0X8li
via IFTTT