'Saya letih & tak tahan' - Isteri lapor polis, suami kerap ajak lakukan hubungan intim sejak minum air kelapa muda
Seorang wanita berusia 43 tahun membuat laporan polis terhadap suaminya kerana terlalu kerap menuntut untuk melakukan hubungan intim, sehingga tujuh kali sehari.
Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Chachoengsao, Thailand, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, nafsu suaminya berusia 64 tahun itu mula berubah secara mendadak semenjak minum air kelapa muda.
Dia pada awalnya melayan sahaja kehendak nafsu suaminya itu setelah lama tidak melakukan hubungan intim. Namun semenjak mengamalkan minuman air kepala muda, nafsu libidonya membuatkan suaminya ketagih untuk melakukan hubungan intim.
Disebabkan keghairahannya yang begitu tinggi, dua kali melakukan hubungan intim tidak cukup untuk dirinya. Ini membuatkan pengadu mula berasa keletihan.
"Dua kali tidak cukup bagi dia. Jika dia masih belum puas, dia minta lagi untuk round ketiga, keempat dan seterusnya.
"Bahkan selepas melakukannya beberapa kali dalam sehari, dia juga akan meminta saya untuk memuaskannya lagi sebelum tidur," katanya.
Kisah pasangan itu viral di media sosial dan kini penjualan air kelapa muda mula mendapat banyak permintaan penduduk setempat yang percaya bahawa air kelapa merupakan 'viagra' semulajadi.
Penjual air kepala, Wandee Paoponpreuk, 43, berkata ada pelanggannya sanggup minum empat buah air kepala muda di depan kedainya selepas mengetahui berita viral itu.
"Ada customer yang datang dan minum empat buah air kepala muda di depan kedai sebab nak tahu jika dakwaan itu benar seperti yang berlaku pada lelaki berusia 64 tahun berkenaan," katanya.
Tambahnya, air kepala amat mudah diperolehi kerana ia merupakan tanaman tempatan dan dijual dengan harga 20 Baht (RM2.70).
Doktor Kampanant Pornyokrai dari sebuah hospital tempatan berkata, amalan minum air kelapa mampu meransang testosteron yang meningkatkan keinginan seksual pada lelaki, namun banyak kajian yang perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan itu.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/3bh5Vv8
via IFTTT