Seorang jurujual kereta didakwa cuba membunuh majikannya dengan mencampurkan minuman majikannya dengan air liur pesakit Covid-19.
Ramazan Cimen didakwa cuba membunuh Ibrahim Unverdi dan isterinya selepas dia didapati cuba mencuri wang sebanyak RM119,322.
Difahamkan, Cimen bekerja dengan syarikat pengedar kereta majikannya di Adana, Turki selama tiga tahun.
Lapor Hurriyet, Unverdi mengamanahkan wang hasil penjualan kereta itu kepada Cimen untuk dibawa ke pejabat. Malangnya, Cimen hilang dengan wang tersebut.
Apabila Unverdi berjaya menghubunginya melalui telefon bimbit, Cimen memaklumkan dia telah menggunakan wang itu untuk membayar hutangnya dengan ceti haram.
Unverdi memaklumkan ada kakitangannya memberitahu bahawa Cimen telah membeli air liur pesakit Covid-19 dengan harga RM278. Dia mendakwa Cimen telah mencampur air liur tercemar itu pada minumannya sebelum mencuri wang tersebut. Tetapi dia bernasib baik kereta tidak meminum air itu.
"Ini kali pertama saya mendengar teknik pembunuhan pelik seperti ini. Mujur saya tak jatuh sakit. Tuhan sentiasa bersama dengan orang baik," katanya.
Unverdi mendedahkan di mahkamah bahawa Cimen berang setelah kejadian itu dilaporkan di media dan mula menerima mesej-mesej ugutan dari Cimen.
Salah satu mesej dari Cimen: "Saya tak dapat bunuh awak dengan virus, saya akan tembak kepala awak lain kali".
Sejak kejadian itu, Unverdi diberi pelindungan polis. Unverdi juga mengambil tindakan undang-undang terhadap Cimen yang cuba membunuhnya.
"Saya lebih rela dia bunuh saya dari cuba menjangkiti virus Covid-19 pada saya.
"Mak dan ayah saya menghidap penyakit kronik. Kalau dia menjangkiti saya dengan virus itu, saya boleh menyebabkan ahli keluarga saya terjangkit.
"Sekurang-kurangnya kalau dia tembak saya di kepala, hanya saya seorang saja yang mati dan sekarang polis sedang memburu Cimen," katanya.
Isteri Unverdi, Dilek, juga mendakwa Cimen merancang membunuhnya membuatkan dia takut untuk keluar dari rumah selagi lelaki itu tidak ditangkap polis.
"Saya dan anak-anak tak dapat keluar rumah. Dah macam dipenjara di rumah sendiri. Saya percaya dengan undang-undang dan mahu lelaki itu diberi hukuman setimpal. Kami tak nak hidup dalam ketakutan seperti ini," katanya.
Sumber: The Sun
from The Reporter https://ift.tt/3b2udJe
via IFTTT