'Tak semua used item jatuh nilai' - Bekas isteri Da'i Farhan, dedah pernah ditawarkan mas kahwin RM10K semasa berstatus janda anak 5
Baru-baru ini, bekas isteri kepada Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi, mendedahkan dia pernah ditawarkan mas kahwin RM10,000 ketika bergelar janda anak lima.
Noorainul berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan dari followersnya di Instagram berhubung isu mas kahwin RM10,000 yang membabitkan wanita berstatus janda.
"Mas kahwin RM100,000 pun tak apa, janji abang mampu. Jangan takut bagi duit kat bini sebab bila abang susah, bini jugalah tolong cover abang balik nanti. Silap hari bulan, bini cover abang lebih dari abang bagi tu.
"Akak dulu janda anak lima pun mas kahwin akak RM10,000 juga, hantaran lain kira. So fikir-fikirkan.
"Kalau orang minta kerja, majikan selalu nak fresh graduate ke yang graduate plus experience? Dan gaji siapa lagi tinggi? Fresh ke exprience?
"Yang janda dah tentu janda dari anak dara tetapi dah 'janda'. Satu lagi, lelaki pun dok sibuk anak dara la, apa la. Nak tanya, cik abang tu teruna lagi ke?
"Tak semua used item jatuh nilai, macam rumah lagi lama lagi mahal," jelasnya melalui akaun Instagramnya.
Sumber: Instagram Noorainul Naqim Mohd Radzi
from The Reporter https://ift.tt/3khkZ07
via IFTTT