Ibu suntik najis dalam IV drip anaknya di wad hospital sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia


Seorang ibu didakwa sengaja meracun anak lelakinya dengan menyuntik cecair najis ke tiub IV drip ketika mangsa dirawat di wad hospital. 


Wanita yang tidak didedahkan identitinya atas sebab perundangan dikatakan meninggalkan anaknya yang mengalami demam itu di Hospital Kanak-Kanak Westmead, di Sydney, Australia pada 2014. 


Ketika sesi perbicaraan di Mahkamah New South Wales, Pendakwaraya berkata, jururawat memaklumkan terdengar suara mangsa berusia sembila tahun itu menjerit, "Kenapa awak buat saya sakit?! Kenapa awak meracuni saya?!". 


Pakar penyakit darah berkata, organisma yang kebiasaannya ditemui dalam mangkuk tandas ditemui dalam darah mangsa. 


Keputusan ujian darah mangsa juga disahkan positif e.coli, sejenis bakteria yang menyebabkan kekejangan perut, cirit-birit berdarah dan muntah. 


Bagaimanapun, wanita berusia 39 tahun, ibu kepada empat anak iut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu. 


Peguam yang mewakili tertuduh berkata, kehadiran organisma dan bakteria dalam darah mangsa berkemungkinan disebabkan pencemaran. 


Bulan lalu, seorang lelaki yang membunuh anak perempuan kepada teman wanitanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. 


Davey Everson, 23, mula tidak senang duduk selepas mendapati Millie-Rose Burdett, 3 bulan, mula kelihatan seperti wajah bapa kandungnya. 


Davey bertindak mendera dan menyerang mangsa sehinga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecacatan dan kesakitan berpanjangan dalam kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Rickmansworth, Hertfordshire pada 15 Disember 2018. 


Mangsa disahkan meninggal dunia pada 11 Januari 2019 setelah dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan dalam otak. 


Davey memaklumkan kepada pihak hospital mangsa tercekik ketika sedang makan. Tetapi pemeriksaan mendapati, ada 12 tulang rusuk mangsa retak dan dua tulang kakinya juga retak di mana kedua-dua kecederaan itu wujud sebelum serangan tersebut. Mangsa mengalami koma hampir sebulan sebelum disahkan meninggal dunia. 


Davey yang berasal dari utara London, mula menjalinkan hubungan dengan ibu mangsa, Kirsty Burdett yang ketika itu sedang hamil. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/2OIJTu9
via IFTTT