Instafamous bakal berdepan kompaun RM10,000 kerana beri keterangan mencurigakan mengenai alasan rentas negeri untuk honeymoon
Susulan viral perkongsian instafamous yang memaklumkan bagaimana dia mendapat kebenaran untuk merentas negeri untuk berbulan madu di ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan, polis telah memanggil dan mengambil keterangan pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, siasatan secara menyeluruh mendapati keterangan yang diberikan pasangan berusia lingkungan 20-an itu mencurigakan.
Pasangan itu terdahulu dalam permohonan awal meminta kebenaran untuk merentas negeri ke Johor atas alasan urusan perniagaan dan telah mengemukan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.
Tetapi siasatan menunjukkan pasangan berkenaan telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara online pada Disember 2020 untuk menyambut ulangtahun perkahwinan pada 17 Mac 2021.
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan berkenaan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang memperuntukkan kompaun sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.
Polis sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunaka kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan dengan menjalankan program, aktiviti peribadi lain serta bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada pihak polis sewaktu memohon pergerakan rentas negeri.
Sumber: Siaran Media IPD Wangsa Maju
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3f2jGBF
via IFTTT