Susulan viral video pergaduhan di antara seorang lelaki dan wanita di sebuah kedai mamak, polis telah mengambil maklum mengenai kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan berkata, pertengkaran yang membabitkan sentuhan fizikal itu berlaku di Jalan Changkat Jong, kelmarin pada jam 9.53 malam.
Menurut Yahaya, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu dari wanita berusia 27 tahun terbabit.
Berdasarkan laporan, wanita itu mendakwa berlaku perselisihan faham di antara dia dengan lelaki berusia 56 tahun itu yang juga merupakan penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan.
Pertengkaran itu berlaku berpunca dari rasa tidak puas hatinya berkaitan dengan cuti.
Polis telah memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan dan mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik.
Laporan terdahulu memetik seorang individu yang mengaku sebagai saksi di tempat kejadian mendakwa pertengkaran itu berlaku berpunca dari berebut sudu. Tetapi netizen yang lain tidak percaya dan menganggapnya merepek di siang hari.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3vYwZJ9
via IFTTT