Perlu berhati-hati tangani kes ini kerana melibatkan individu terkemuka, ahli politik & menteri


Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh individu terkemuka termasuk ahli politik dan menteri, yang menghadiri majlis perkahwinan baru-baru ini. 


Ketua Polis Sedang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah memulakan siasatan selepas menerima laporan yang dibuat oleh MUDA di Balai Polis Dang Wangi pada 16 Mac 2021. 


Laporan itu mendakwa, beberapa menteri telah melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan melakukan perjalanan merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan kepada Ahli Parlimen Jelebu, Jalauddin Alias di Seremban, Negeri Sembilan, pada 14 Mac 2021. 


Wan Kamarul berkata, pihaknya juga akan menyiasat program 'fun ride' yang melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan satu lagi acara yang dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa. 



Bagaimanapun setakat ini, polis masih belum mengeluarkan arahan untuk memanggil suspek bagi merekod keterangan kerana masih menunggu arahan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman untuk menyiasat kes itu. 


"Kita belum sampai ke tahap di mana kita perlu memanggil mereka (untuk memberi keterangan) kerana siasatan masih di peringkat awal kertas siasatan. 


"Kita akan rakam kenyataan dari penganjur acara dari pelbagai lokasi, termasuk Seremban dan Kuala Lumpur," katanya. 


Beliau yakin, pihaknya akan memperoleh maklumat yang mencukupi dari pihak penganjur untuk melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada IPK Selangor dan Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.


Tambahnya, polis perlu berhati-hati menangani kes-kes ini kerana ia melibatkan individu terkemuka, ahli politik dan menteri. Ini bagi mengelakkan timbulnya salah faham dan masalah di kemudian hari.


Sementara itu, Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias berkata, dia akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi setakat ini, dia masih belum mendapat sebarang panggilan daripada polis. 


Sumber: Free Malaysia Today



from The Reporter https://ift.tt/3lzBvJt
via IFTTT